Monday, 1 April 2013

PRU - 13 : Parlimen Dijangka Bubar Besok 03/ 04/ 2013

What?
Parlimen dijangka dibubar besok 3/ 04/ 2013.

Why?
Pengedaran surat daripada pejabat PM kepada semua jemaah menteri meminta mereka hadir mesyuarat kabinet esok memakai lounge suit gelap dan tali leher bagi sesi bergambar.

"Mengikut amalan sebelum ini, semua jemaah menteri akan bergambar dengan PM pada mesyuarat akhir kabinet sebelum pengumuman pembubaran parlimen."

How True Is This News?
Beberapa menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat tersebut dan tidak menolak kemungkinan pengumuman pembubaran.

“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri semalam.
What Happen Actually?
Tempoh penggal (1 penggal = 5 tahun) pilihanraya umum ke - 12 akan berakhir pada 30 April 2013 ini.

Pembubaran parlimen perlu bagi memberi laluan kepada rakyat untuk memilih parti politik yang dirasakan berkesan untuk menerajui negara untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Pemilihan dilakukan dengan mengundi semasa Pilihanraya Umum yang diadakan.

Ini adalah sebahagian amalan demokrasi yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

Sumber : Berita Harian 2/04/2013

Dewan Rakyat adalah tempat ahli parlimen mengusul, membentang, membahas rang undang- undang, belanjawan dsbgnya untuk digunapakai negara.

Comment BR:
Teruja meh... Can't reli wait ah!


No comments:

Post a Comment