Editor
19 November 2014
19 November 2014
WHO?
KASTAM = Pelaksana (Pemungut) & Penguatkuasa GST
RAKYAT MALAYSIA, PERUNCIT & PENGILANG = Individu atau kumpulan yang dicukai
KERAJAAN MALAYSIA = Pihak yang memperoleh hasil GST
WHEN?
APRIL 2015 = Dijangka akan mula dilaksana dan dikuatkuasakan oleh kerajaan
WHERE?
SELURUH MALAYSIA
WHY?
Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali.
Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
HOW?
GST hanya mengenakan satu bentuk cukai sahaja pada kadar 6%.
Berbanding SST, cukai dikenakan dalam 2 bentuk iaitu :
- Sales Tax = 10%
- Services Tax = 6%
Bukan semua barangan akan dikenakan cukai GST seperti :
- Sales Tax = 10%
- Services Tax = 6%
Perkara
|
Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GST
|
Barang makanan asas
|
beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan
|
Penggunaan Utiliti
|
Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi pengguna
|
Perkhidmatan yang disediakan kerajaan
|
perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran disekolah
|
Perkhidmatan pengangkutan
|
bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya
|
Perumahan
|
Proses jual beli dan sewa rumah kediaman
|
Kewangan
|
Perkhidmatan kewangan terpilih
|
Cukai GST dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga.
Setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggambarkan GST adalah sistem yang telus dan adil.
Menyokong pelaksanaan GST ini kerana ia banyak membawa kebaikan daripada keburukan.
Kebanyakkan negara telahpun mengamalkan GST ini, malahan pada kadar peratusan yang lebih tinggi sehingga 30%.
Tetapi yang menjadi isu kepada fiveplusone adalah bagaimana hasil- hasil ini akan dibelanjakan supaya ianya benar- benar memberi manfaat kepada rakyat Malaysia akhirnya.
Bukan GST, tetapi Pengurusan Kewangan pada peringkat Kerajaan itu nanti.


No comments:
Post a Comment